Akta AKSEM disasar selesai isu kawalan sempadan
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata selain kereta, barangan keperluan bersubsidi banyak dikesan diseludup ke negara jiran berikutan harga yang jauh lebih murah berbanding di negara terbabit.
Katanya, kedudukan Malaysia yang mempunyai sempadan daratan yang luas, selain banyak barang makanan yang dijual dengan harga subsidi menyebabkannya menjadi sasaran penyeludup. "Sebenarnya hal sempadan sekarang terutama di utara dikendalikan oleh AKSEM. Kes (penyeludupan) akan ditangani sebaik penubuhan AKSEM diwartakan, sekali gus memberinya kuasa kendalikan semua agensi kawalan sempadan seperti Jabatan Imigresen dan kastam.
"Sekarang sudah ada (AKSEM) tetapi bukan rasmi, selepas ini akan ada gerakan sepadu bertujuan kawal penyeludupan lebih rapi dan aktiviti keganasan atau penyeludupan senjata," katanya selepas merasmikan program Jelajah Johor Berkemajuan 2016 peringkat daerah Johor Bahru, di sini hari ini. Pada Mei lalu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata kerajaan akan mewujudkan akta khusus untuk AKSEM bagi memperkasa penguatkuasaan kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.
Akta baharu itu yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat akhir tahun ini akan membolehkan AKSEM bergerak dengan lebih berkesan berbanding buat sementara ini beroperasi secara pentadbiran berlandaskan kuasa arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai mengulas laporan BH mengenai ketirisan dalam pemberian subsidi minyak masak sehingga mengakibatkan kerajaan rugi hampir RM500 juta setahun, malah bahan asas itu juga dipercayai dieksport atau diseludup ke negara jiran.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/205133
No comments