Header Ads

Smiley face

Bajet 2017: Kerajaan Peruntukkan RM12.8 Bilion Untuk KDN



KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan RM12.8 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk RM8.7 bilion kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata antara projek utama melibatkan peruntukan berkenaan ialah membina 12 Ibu Pejabat Polis Daerah, pusat latihan Komando 69 dan perolehan kenderaan serta kelengkapan. 

 "Selain itu, RM60 juta disediakan bagi meningkatkan keberkesanan usaha mencegah jenayah di bandar termasuk omnipresence dan Unit Rondaan Bermotosikal," katanya ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini. Selain itu, kerajaan juga mengiktiraf peranan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dalam memelihara keharmonian masyarakat. "Untuk ini, RM80 juta diperuntukkan bagi membekalkan pakaian seragam kepada lebih 200,000 anggota Rela," katanya. 

 Najib berkata, bagi memastikan kawasan kejiranan berada dalam keadaan selamat dan tenteram, sebanyak RM40 juta diperuntukkan untuk melaksanakan semula Geran Persatuan Penduduk kepada persatuan berdaftar. Beliau turut mengumumkan geran sehingga RM10,000 bagi membiayai peralatan kawalan keselamatan, pembersihan dan penyelenggaraan kawasan kejiranan. -- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.