Header Ads

Smiley face

Imigresen umum jumlah majikan dibeku aset akhir bulan ini


PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen akan mengumumkan jumlah majikan atau syarikat yang dibekukan aset kerana melindungi dan menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI) pada akhir bulan ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata pihaknya sedang berbincang dengan Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. 

"Tindakan akan diambil selepas pengumuman itu dibuat dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat," katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi dialog dengan wakil industri di sini, hari ini. Seramai 450 wakil industri menghadiri sesi dialog berkenaan yang diadakan bagi mendapatkan maklum balas untuk menambah baik sistem penyampaian dan perkhidmatan Jabatan Imigresen. 

Sebelum ini, Mustafar berkata, Jabatan Imigresen akan menguatkuasakan undang-undang bagi membeku aset majikan melindungi PATI bermula awal bulan ini berdasarkan peruntukan termaktub mengikut Seksyen 56(1) Akta Imigresen 1956.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/205450

No comments

Powered by Blogger.